Monday, November 24, 2008

TUGAS-TUGAS AJK

BENDAHARI:

  1. Cari penaja & kumpul dana (kalau sponsor tidak mencukupi, perlu kira budget berapa yang harus ‘collect’ drpd setiap individu bekas pelajar)
  2. Sebagai wakil (Mawi) ke sekolah dan berbincang dengan pihak sekolah mengenai program reunion.

PROTOKOL:

  1. Buat tentatif / program keseluruhan program (kerjasama dengan AJK sukaneka)
  2. Pastikan kehadiran tetamu (VVIP, VIP, guru-guru dan bekas pelajar) yang datang.
  3. Edar kad jemputan.
  4. Pastikan kelancaran program dari awal sampai akhir program.
  5. Mohon jasa baik pihak sekolah untuk kulintangan / magelan.

SUKANEKA:

  1. Buat program sukaneka yang akan diadakan (antara bekas pelajar atau bersama junior sekolah).
  2. Kenalpasti pemenang bagi sukaneka.
  3. Buat list untuk senarai hadiah (kerjasama dgn AJK Hadiah).

PERSEMBAHAN:

  1. Cari artis atau mana-mana kumpulan atau individu yang boleh buat persembahan pada malam tersebut.
  2. Pastikan persembahan adalah sesuai dengan tema majlis.

MAKANAN & MINUMAN:

  1. Tempah katerer dan sediakan keperluan di dewan untuk Majlis Makan Malam.
  2. Sediakan makanan dan minuman untuk aktiviti siang hari (sukaneka).

HADIAH:

  1. Sediakan hadiah-hadiah dan cenderamata untuk door gift, pemenang sukaneka, pemenang “Best Dress”, “Best Maintain”, “Best Changes”, Lucky Draw dan cenderamata untuk para guru serta VVIP.
  2. T-shirt “10th anniversary Smesh Batch 95-99” jika perlu.
  3. Rozet untuk VVIP, VIP, guru-guru dan AJK.

PUBLISITI:

  1. Buat iklan di akhbar-akhbar tempatan
  2. Spread the news!! ( di internet atau melalui telefon)
  3. Kerjasama dengan AJK Protokol untuk kehadiran tetamu dan bekas pelajar.
  4. List down dan ‘trace & track’ semua guru-guru kita (kerjasama dengan pihak sekolah. Mereka akan bantu untuk mencari semula guru-guru tersebut)

P/A SYSTEM:

  1. Pastikan P/A system sepanjang program adalah dalam keadaan baik.
  2. Buat Media Presentation pada Majlis Makan Malam (kerjasama dengan Faizal Heesyam)

DEWAN:

  1. Buat persiapan di Dewan Sri Kinabalu seperti backdrop, susun atur meja dan kerusi, meja penyambut tetamu dan sebagainya.
  2. “Red Carpet”

NOTE:

* Kerjasama semua ahli adalah sangat-sangat diharapkan.

* Sila kemukakan cadangan dan pendapat jikalau ada idea yang lebih menarik.

* Semua AJK adalah individu-individu yang bertanggungjawab dalam kelancaran setiap program. AJK digalakkan untuk melantik rakan-rakan yang lain untuk membantu demi melancarkan hari “kita” :)

* Program ini adalah program sempena anniversary kita yang telah 10 tahun meninggalkan sekolah. Jadi, priority program adalah untuk meraikan kita. WE WANT TO BE HAPPY AND ENJOY THE DAY! DO IT FOR US, NOT OTHERS.

* Semua AJK harus follow up dan selesaikan tugasan masing-masing sebelum 15 Disember 2008.

* Sebarang masalah, kita selesaikan sama-sama. Don’t stress out. Beban sama dipikul (Sebenarnya gue pun stress. Kabak-kabak jantung pikir. Harap2 semua ok :) )


No comments: